SIRI WARISAN SEPANJANG ZAMAN
Siri Warisan Sepanjang Zaman menghimpunkan koleksi cerita rakyat Melayu yang tersohor dan telah menjadi sebahagian daripada warisan budaya masyarakat sejak turun-temurun. Dahulu, kisah-kisah ini disampaikan secara lisan oleh golongan penglipur lara sebagai hiburan, pengajaran dan pedoman kepada masyarakat.
Siri ini bukan sahaja menghidupkan kembali kisah-kisah klasik yang penuh dengan teladan, keberanian, kasih sayang, kesetiaan dan akibat daripada setiap perbuatan, malah menjadi medium untuk generasi muda mengenali, menghargai dan terus memelihara khazanah cerita rakyat Melayu agar kekal diwarisi sepanjang zaman. Terdapat 6 tajuk buku yang berikut :
BAWANG MERAH DAN IKAN KALOI
PUTERI KAYANGAN
SI BUNGA MELUR DAN SI PEKAN
SI TANGGANG ANAK DERHAKA
SUMPAHAN MAHSURI TUJUH KETURUNAN
TIGA PUTERA RAJA DI BUKIT SIGUNTANG
