SIRI KES PENIPUAN DALAM TALIAN
Siri Kes Penipuan Dalam Talian merupakan siri bacaan informatif yang mendedahkan pelbagai bentuk penipuan siber yang semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat, khususnya golongan remaja. Pembaca didedahkan kepada taktik penjenayah siber serta langkah-langkah mengenal pasti penipuan, melindungi maklumat peribadi dan menjaga keselamatan kewangan. Siri ini bertujuan meningkatkan kesedaran, membentuk sikap lebih berhati-hati dan memupuk kebijaksanaan dalam menggunakan teknologi digital dan tidak mudah terpedaya dengan helah penipu. Terdapat 8 tajuk buku yang berikut :
TERJEBAK DALAM SINDIKET KELDAI AKAUN
SKIM PENGEJAR RINGGIT
PELAN PERNIAGAAN CEPAT KAYA
TEKS PESANAN SAHABAT PALSU
TAKTIK PANGGILAN PALSU BANK
PENIPUAN E-BAUCAR PELAJAR
SINDIKET TABLET Z2
NYARIS DITIPU DALAM TALIAN
